Tuesday, March 8, 2011

cinta xbole dipaksa...

untuk mengetahui beza cinta dan suka...baca lah article ni..huhu
sweet sngt...


1- Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan
berdegup kencang. Tapi di hadapan orang yang kita
suka, hati kita akan gembira.

2- Di hadapan orang yang kita cinta, musim
sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita
suka, musim itu cuma berangin sahaja.

3- Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang
kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat
ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan
tersenyum.

4- Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi
malu. Di depan orang yg kita suka, kita akan
tunjukkan imej yang sebenar.

5- Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk
berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, kita
akan bebas berkata apa saja.


6- Kita tidak akan merenung mata orang yang kita
cinta. Tapi kita akan selalu merenung mata orang
yang kita suka.

7- Bila orang yang kita cinta menangis, kita akn
turut jua menangis. Bila orang yang kita suka
menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.

8- Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka
bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti
menyukai seseorang yang kita suka umpama kita
membuang telinga kita. Tapi jika cuba menutup mata
cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang yang
hidup akan mengalami ini dalam hidup mereka.



---------------------------------------------------------------------


Cinta, Sayang, Minat Dan Suka



Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)

Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)

Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)

Minat - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )

Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu.



----------------------------------------------------------------------


Dimanakah Cinta...??!


MUNGKIN ANTARA KITA YANG PERNAH TERBACA KISAH NI..
KISAH YANG BANYAK PENGAJARAN
ADA KEBENARAN YANG TERSEMBUNYI..
HAYATI…

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka…

Isteri: Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami: Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri: Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami: Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri: Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata


“Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.




Surat tersebut berbunyi begini:




“Sayang!

Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.

Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”



p/s:renungkanlah..

Saturday, March 5, 2011

hikmah melihat muka org yg kita sayang semasa tidur...

adui...hari ni saja aku jumpa mcm2 artikel yg best2...
aku suka sngt....ni pun best jgak..
cuba korang baca..msti lyaaannn punya...hahaha..
argh!da terfeeling plak aku nih...


korang nk tau...satu cite x...sebelum aku bagitau sal artikel tu...dalam semnggu nih..aku heppi sangt...coz...hubby aku bole contact aku..tpi..yg xbest...sbb de sakit..kalu x..tggu bulan 5 nih larh baru aku leh jumpa de...huhuhu...okeh..suda2...skrang kita pergi dekat artikel yg aku nk smpaikan nih...sooo...enjoy k biler korang baca..


Hikmah Melihat Muka Orang Yang Kita Sayang Sedang Tidur....
melihat orang yang kita sayang pada saat dia tidur... .. Renungkan/lihatlah betapa sayangnya kita pada mereka... ..

Pernahkah anda menatap orang-orang yang anda sayang saat mereka sedang tidur? Kalau belum, cubalah sekali saja menatap mereka saat sedang tidur.

Saat itu yang tampak adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang.

Seorang artis yang ketika di panggung begitu cantik dan gemerlap pun akan tampak polos dan jauh berbeza jika ia sedang tidur.

Orang paling kejam di dunia pun jika ia sudah tidur tak akan tampak wajah bengisnya.

Perhatikanlah ayah anda saat beliau sedang tidur. Sedarilah, betapa badan yang dulu kuat dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya. Orang inilah yang tiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya. Orang inilah, rela melakukan apa saja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.

Sekarang, beralihlah. ... Lihatlah ibu anda... . Hmm... kulitnya mulai keriput dan tangan yang dulu halus membelai- belai tubuh bayi kita itu kini kasar kerana menempuhi kehidupan yang mencabar demi kita. Orang inilah yang tiap hari menguruskan keperluan kita. Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan membebeli kita semata- mata kerana rasa kasih dan sayang, dan sayangnya, itu sering kita salah ertikan.

Cubalah menatap wajah orang-orang yang kita cintai..sayangi itu... Ayah, Ibu, Suami, Isteri, Kakak, Adik, Anak, Sahabat, Semuanya...

Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya. Rasakanlah energi cinta yang mengalir perlahan-lahan saat menatap wajah mereka yang terlelap itu.

Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan orang-orang itu untuk kebahagiaan anda. Pengorbanan yang kadang-kadang tertutupi oleh salah faham kecil yang entah kenapa selalu saja nampak besar.

Secara ajaib Tuhan mengatur agar pengorbanan itu akan tampak lagi melalui wajah-wajah jujur mereka saat sedang tidur. Pengorbanan yang kadang melelahkan serta memenatkan mereka namun enggan mereka ungkapkan. Dan ekspresi wajah ketika tidur pun membantu untuk mengungkap segalanya. Tanpa kata, tanpa suara dia berkata... "betapa lelahnya..penatnya aku hari ini". Dan penyebab lelah dan penat itu? Untuk siapa dia berpenat lelah Tak lain adalah KITA... ..

Suami yang bekerja keras mencari nafkah, isteri yang bekerja keras mengurus dan mendidik anak, juga rumah. Kakak, adik, anak, dan sahabat yang telah menemani hari-hari suka dan duka bersama kita.

Resapilah kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan menatap wajah-wajah mereka. Rasakanlah betapa kebahagiaan dan rasa terharu seketika menerpa jika mengingat itu semua.

Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok mereka "orang-orang terkasih itu" tak lagi membuka matanya, untuk selamanya ... "


p/s:kan best kalu bole buat ceni kt org yg kita sayang...kalu bole buat pun...msti lmbat lagi....

jangan terlalu baik,...saya akan merindui awak....

tetiba aku terjumpa artikel ni kt facebook..hehe..
aku suka ayt2 de...macam da mkna sesuatu yg tersirat..
soo..aku post kan kt dlm blogger aku ni...mybe aku boleh ulang-ulang baca..sampai aku bole ingt setiap aytnya..
bila time nk berfeeling sikit..mesti best kn...
aku bole selalu ingt pada si dia yg aku cintai...bnyak kenangan,susah ngan senang kami lalui...


“Jangan terlalu baik, saya akan merindui awak.”
“Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai awak.”
“Jangan jadi terlalu rapat dengan saya, saya mungkin jatuh hati dengan awak.”

“Jika seseorang yang hadir dalam hidup kamu tapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi.. jangan terlalu sedih. Terimalah kenyataan, sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu. Masa akan menentukan segala-galanya. Jika dia ditakdirkan bersama kamu, dia akan kembali. Kembali pada kamu.”

“Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda akan kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takut akan risiko mencintai.”

“Jangan putus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya atau anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayangi selamanya.”

“Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ini ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya dia kepada anda.”

“Jika dia boleh terima anda seadanya, dan sanggup menerima kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka anda adalah orang yang paling bertuah kerana ada seseorang yang mencintai anda seadanya anda.”

“Mencintai dan dicintai perlukan keberanian. Keberanian untuk terus mengekalkan rasa cinta itu. Seterusnya diikuti perasaan keikhlasan untuk menerima orang yang dicintai seadanya…”

“Bila diri dicintai.. Dia pasti akan berusaha untuk ada…sentiasa ada bersama'


p/s: aku sngt cintakan kamu!...

Saturday, February 26, 2011

JANGAN BUAT ORG YANG MENCINTAI KITA KECEWA

andai kau merasa kecewa,...maafkan aku..
 
1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya
hanya ada kamu satu-satunya.


2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap
menjadi impiannya.


3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu
merasa berat badan kamu sudah bertambah.


4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.


5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS sepertiSelamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain
lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang
berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.


6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon
untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.


7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu
sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu,matanya pasti berkaca. kerana saat
bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.


8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa
pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau
tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.


9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia
ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.


10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon
untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.


11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan
mengirimkan SMSgood luckuntuk memberi semangat kepada kamu.


12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi
baginya barang itu sangat istimewa.


13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung.
Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.


14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.


15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran
yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh
di mata, jauh di hati?’


16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.


17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau
mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.


18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika
kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.


19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!.
bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar
mana permintaan mu.


20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS
dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas
dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.


21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari
kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.


22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak
pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.


23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin
mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu,
kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.



 sekian...

Wednesday, February 16, 2011

don't over confident???...

e'eeleh...sis nih..napa nk tunjuk-tunjuk berlagak...sis nih jeles kt sapa...??buat malu ja kt adik-adik nih..simpan ja brg-brg tuh kt umh,..xpyh nk tunjuk-tunjuk..suma org bole beli...setakat pemberian dari org...perlukah kita bngga????e'eei...pelik aku...tu pun nk menunjuk..bkannya dari hasil duit sendiri..padahal dari hasil pisau cukur sis sendiri...napa nk bgga?


korang tau...mcm-mcm perangai manusia nih..n paling pelik yg aku belum pernah jumpalah kan..prngai sis ni lah..napa nk bgga?mybe sis ni xpenah dpt kut apa-apa dari pemberian org..huhu..cian plak aku tngok..bila da dpt dari ceni plak..aduhaiyai..mcm-mcm..da tua tuh sedar lah diri...bak kata pepatah...'rumah kata g..kubur kata mari'sedarlah diri tuh..xpdn ngan tua..nk buat perangai mcm budak-budak..len lah kalu sis tuh mmg bdak...



sikapnya yg terlalu over confident membuatkan ramai org terlalu benci ngan menympah utk melihatnya...yaka??yep..memng..kalu korang xcya..korang ckp larh sendiri ngan sis tuh..sepatutnya sis bersyukur dngn apa yg tuhan berikan..kesempurnaan yg Allah berikan..ini x??selalu ja komplain..padahal..memng xsegak..kekadang terfikir napa erk perangai sis cmtu?tpi....xda apa-apa yg menarik pun..cuma yg aku tau..bnyak kekurangn..yg lebih aku nmpk dari kebaikkannya...


aku sedar diri aku siapa..?aku tahu kelemhan aku apa??tpi sis tu masih cmburu...result kuaq sis dpt tggi?cnfident sngt tunjuk sana,tunjuk sini..padahal..tiru ja..tnya org sana..tnya org sini..bincng sana..bawa masuk nota kecil??kena bngga ka ngan apa yg sis dapat tuh?adakah sis dpt dengan usaha sis sendiri...???aku pun herann..napa sis terlalu over confident????

jgn terlalu over confident arh sis..xbaik,...nnt lama-lama xda sapa yg nk kawan..okeh lar..aku kena chow dulu..aku cita nih..sbb nk luahkan apa yg aku pendamkan..aku terlalu-lalu benci dngn perangainya yg terlalu over confident..padahal sama ja mcm org-org lain..



sekian..

Monday, February 14, 2011

cerita-cerita...;)

 cerita ini memberi keinsafan kepada kita...
hnya utk peringtan kepada pasangan kekasih.. 
ingtlah batas pergaulan kita semasa bersama kekasih kita...


Di suatu malam depan panggung wayang…

nurin : Best tengok wayang dgn awk td..kelakar je cerita tu.. tak bosan kan?
adam : A’ ah  tak bosan. Best!
nurin : Kalau best, kenapa awk letakkan kepala awk kat bahu sy & beritahu sy yang awk mengantuk?
adam : Errr~ hehe..

nurin : Nasib baik kita pakai sweater kn awk? Kalau tak, mesti sejuk dalam tu td.
adam : A’ah..btul3! tak ada lah sejuk sgt td bila dah pakai sweater ni.
nurin : Klu tak sejuk, kenapa awk pegang tangan sy & beritahu yang awk sejuk?
adam : Errr~ hehe..

Mereka pun menuju ke Village-City..

nurin : Awk, sy cantik tak?
adam : Awk kn syg sy..mestilah cantik..
nurin : Kalau sy ni betul cantik bagi awk, kenapa bila sy pakai baju-baju tertentu baru awak akan puji sy cantik. Kalau sy pakai baju longgar, awk diam je..kadang-kadang awk akan tanya saya kenapa pakai baju besar..kalau sy pakai baju ketat, baru awk puji sy cantik..kenapa ye?
adam : Errr~ hehe..

Mereka pun tiba di Village-City..

nurin : Jom snap pic wak..sy nak tangkap gambar awk bawah lampu tu.
adam : Kita tangkap gambar berdua la syg. Meh sini, duduk sebelah sy. Rapat sikit, nanti  tak masuk plak gambar awk.
nurin : Boleh ke rapat-rapat ni?huu
adam : Takpe dear..awk kn awek sy..
nurin : Awek je..bukan isteri yg sah..
adam : Errr~ huhu..

nurin : Nanti sy simpan gambar kita ni dalam laptop sy ye wak.
adam : Alaa..upload la terus dalam fb.
nurin : Eh..boleh ke..xelok la wak..gambar tu dah la awk & sy je..yang ke-3 syaitan..pastu nak pergi heboh 1 dunia tentang dosa yang kita buat..tak malu ke?huu
adam : Errr~ huhu..

Mereka pun pulang..

nurin : “Awk, awk syg sy x?
adam : Mestilah syg..syg sangat2 tau..haa
nurin : Buktinya??
adam : Eh..mcm ajak bergurau je..nak sy kiss pipi awk tu ke syg?hehe
nurin : Ish..apa ni? Teruknya pemikiran awk..huu
adam : Eh..errr~ huhu

nurin :  Mak sy kata, kalau kita syg sesuatu tu, kita akan jaga sebaik mungkin.
adam : Eh..mestila! hehe
nurin : Tapi awk tipu sy!huu~
adam : Eh..kenapa plak sy tipu awk??
nurin : Kalau awk syg sy, mestilah awk jaga sy sebaik mungkin tp awk tak jaga sy dgn baik pun..awk sentuh-sentuh sy, pegang tangan sy, cuba nk kiss sy,ajar sy buat benda bukan-bukan yang sy tak pernah buat sebelum ni, selalu ajak sy keluar malam-malam.

adam : Owh..sekarang awk nak salahkan sy la ajak awk keluar malam?? Mak ayah awk yg bg izin tau!
nurin : Memang diorang yang bagi izin tapi awk tau tak yang diorang jugak yang akan tanggung dosa sy dgn awk malam-malam macam ni sbb diorang bg izin pada sy ank perempuan diorang utk keluar dgn lelaki bukan mahram tanpa adik atau abang sy sebagai peneman pastu buat benda-benda tak senonoh! Pegang sana pegang sini..awk tau tak panggung wayang tu mungkin sejuk bagi awk sampai terpegang tangan sy dgn sengaja, tp neraka tu teramat panas & tangan awk yang memegang tangan sy tu akan dibakar dalam api neraka berulang kali..awk sedar tak semua tu?? Tangkap gambar nak kepit-kepit, padahal boleh je tangkap gambar sorang-sorang kan..then, nak heboh kat 1 dunia. Pastu nanti org ‘like’ awk pun suka sebab orang tau siapa awek awk & hubungan awk dan sy kononnya bahagia tapi awk sedar tak yang malaikat sentiasa mencatat segala apa yang kita buat..awk ada ilmu agama..klu takde ilmu agama pun, awk tau benda tu salah..tp kenapa masih buat? Awk sedar tak semua tu??? Ingat Allah tak waktu awk buat semua tu?? Awk tu belum tentu jodoh sy, nak sentuh-sentuh sy. Kalau da awk nak sentuh-sentuh sy, apa je yang suami sy boleh dapat special dari sy sbg isterinya yang sah? Awk nak ke isteri awk dah macam sisa orang? Awk mesti akan cakap awk akan pastikan yang awk akan nikah dgn sy sebab tu awk boleh sentuh-sentuh sy..tp awk sedar tak yang awk tu siapa?? hanya hamba Allah...awk bukan tuhan utk tahu siapa jodoh sy & jodoh awk..awk sedar tak semua tu??? Klu betul awk syg sy, awk jagalah sy baik-baik, beri sokongan sy jd muslimah solehah…dekatkan diri pada Allah, mohon pada Allah supaya izinkan kita dijodohkan bersama kerana sy ni milik Allah..ibu bapa hanya penjaga sy, mereka menjaga sy dgn penuh kasih sayang & didikan yang baik sehingga sanggup memberi kepercayaan pada awk utk menjaga sy, tp awk jaga sy tak??awk jaga sy tak?? tak kan..awk bawa sy ke arah keburukan..awk sedar tak semua tu??? Banyak lagi yang awk buat kat sy, sy pun terlalu kurang pandai ikutkan je kemahuan awk..nanti kat neraka bila Allah soal sy dgn dosa-dosa maksiat yang kita buat, bukannya awk dapat backup sy dpn Allah..kn?? Tolonglah tahan diri tu sehingga kita dah sah dinikahkan..huuu~

Suasana bertukar menjadi suram...sehinggalah adam mula meluah perasaan...

adam : Kenapa tidak dari dulu awk cakap semua benda ni?? Kenapa bila kita dah lalui macam-macam baru awk nak luahkan semua ni???
nurin : Sebab sebelum awk nak couple sgn sy, awk janji yang awk akan jaga sy baik-baik. Awk suka dengan saya pun sebab bagi awk sy baik tapi semakin lama awak makin berubah. Perubahan awk turut merubah diri sy. Baru sekarang sy luah semua benda ni sebab selama ni sy sentiasa menanti agar adam yang dulu kembali. adam yang menjaga sy dgn baik. Sy tunggu adam tu..tunggu & terus menunggu kerana sy sayangkan dia. Tapi semakin lama sy tunggu, semakin menjadi-jadi...awk fikirlah baik-baik apa yang sy sampaikan...kalau awk masih tak berubah, lepaskan sy kerana Allah..

adam : ......

[Pesanan : kepada pasangan yg hangat menyulam cinta & kasih sayang, jagalah batas anda! Ingat larangan Allah…cinta itu indah krn Allah yg menciptakannya tapi jangan sampai cinta utk Allah itu dinodai oleh cinta manusia..menjadi kebiasaan, dalam berkasih ada kesalahan y akan dilakukan..seringlah muhasabah diri & beranikan diri untuk mula buat perubahan..beranikan diri menegur pasangan sebelum Allah menegur dengan pembalasan & azab..wallahu’alam~]

peringatan utk semua, beribu kali peringatan utk diri yang teramat hina ini~



Wednesday, February 9, 2011

cita-cita..:p

setiap org ada cita-cita..or impian...or...mcm2 larh..
apakah cita-cita kita erk??cepat2 fikir...apa kita nk jadi t...wah....sumanya kita nk jadi...hahaha..
kalu boleh aku nk jadi polis trafik...aku suka jadi polis trafik sbb nk nek moto besaq..hahaha..
tpi last2 aku kena jdi jururawat..huhu..sedihnya bila fkirkan balik..:(..satu hari aku nk buktikan kn suma yg aku leh bawa jgak moto besaq..hahaha...boleh ka??korang caya x???sumanya angan2 ja...:P


inilah pic nurse akn datang..haha..

mcm xcya aku nk jadi nurse..haha..jap ja masa berlalu..xlma lagi aku nk graduate da..sebenarnya kerja misi ni kena bnyk bersabar..tmbhan apabila kena merawat pesakit yg bnyak ragam..mcm2 kerenah dan ragam yg pesakit lakukan..satu-satunya pekerjaan yg mulia...wah!mcm2 aku nih..haha..pekerjaan nih jgak memerlukan seorang yg betul-betul bertanggungjawb dan tegas apabila menjalankan tugas kerana kerja nih melibatkan nyawa pesakit....ooooohhh..sebenarnya bnyk benda lagi yg perlu aku belajar...huhuhu..

paling suka bila boleh bekerja dlm ward kanak-kanak..hehe..bnyk pengalaman boleh kita dapat bila bekerja sebagai misi ni...sumanya kita boleh buat...n pekerjaan nih boleh berkembang dari misi boleh jadi seorang doktor...korang caya x??fikir larh apa aku ckp nih betul...erm...eh..kita belaja ni xsia-sia tau..sebab kalu salah seorang dari family kita sakit...kita boleh merawatnya sendiri..haa..sbb kita da belaja sumanya..dan..kita boleh melihat perkembangan manusia dari bayi sampai akhir hayat kita...haa...


 masa sem 2..
ini masa aku kt ward patah..hehe..sian budak tuh..:(
sakit-sakit tuh pun still ckp bnyak n sempat lagi bergurau ngan kami...
comeyh sngt...:P
sama jgak..tapi ni masa aku sem 1...hehe..

da bnyak pengalaman aku dapat..dari masa melihat ibu-ibu yang nk melahirkan ank..sampai mengkhafankan pesakit yg sudah meninggal dunia..sumanya aku melihatnya dan melakukan tugas dengan baik dan bertanggungjawab..suka sngt buat kerja ni..tapi paling terseksa bila aku terpaksa melihat benda-benda ngeri seperti..tangan,kaki,jari..papa ja lah yg berkaitan....berlakunya pendarahan yg bnyk dan berbau hanyir...ooo..hampir pitam aku..sekrang aku da boleh kurangkan ngeri tuh..

kerja nih..misi-misi buat dari benda yg kotor sampai bersih..haa...k la..sampai sini ja..aku nk luahkan..da blur da otak ni..hahaha..apa erk cita-cita korang??ooopppps!terlupa..aku nk tunjuk kt korang sumthing..hehe..tngok larh kt bawah tuh...:P


 haaa..korang caya x aku nek moto nih..haha..
skrng aku buktikan kat korang..aku da berjaya nek moto besaq..
hahaha...walaupun sebagai model..tapi aku puas hati...
hehehe...:P



moto kesayangan aku...wah...!:P






sekian suda...terima kasih...:P